Pages

Wednesday, May 26, 2010

Prolog

Nadia hanya memerhatikan sahaja rakan sekelasnya bermain riang di padang. Sekali sekala terdengar keluhan keluar dari bibir itu. Bukan dia tidak mahu turut sama bermain, tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk bergaul. Setiap hari dia berangan-angan bagaimana indah hidupnya itu andai dia mampu untuk memulakan bicara.

“Kau dah 12 tahun Dia! 12! tak kan itupun payah. Cakap sajalah!”Marahnya epada diri sendiri. Sepanjang dia bersekolah hanya empat orang sahaja yang pernah bertegur sapa dengannya. Pertama, anak jiran rumahnya, Syakirah. Pada awalnya Syakirah sememangnya ramah dengannya. Kemana sahaja mereka berdua. Namun mungkin kerana sudah bosan dengan sikap Nadia yang terlampau pendiam, sedikit demi sedikit Syakirah mula menjauhi ddirinya. Bila ditanya kenapa, Jawapan yang diberi ringkas sahaja. Namun cukup menusuk kalbu. Apatah lagi kepada seorang kanak-kanak yang baru berumur 7 tahun.

“Sebab mama paksa Ira kawan dengan Dia. Ira dah bosan dengan Dia”. Tetapi, biarpun mereka sudah jarang bersama, Setiap bulan pasti ada hari yang Syakirah akan bertegur dengannya. Satu teguran yang cukup untuknya berasa seperti disyurga. Berasa seperti kehadirannya itu benar. Yang dia wujud. Hingga kini, Syakirah masih lagi begitu. Mungkin rasa kesihan dengannya. Nadia mengeluh sekali lagi.

Orang kedua ialah budak lelaki yang dipaksa duduk di sebelahnya sewaktu dia di tahun 1, Rifqi. Dia selalu tertanya-tanya mengapa disusun meja pelajar lelaki duduk di sebalah pelajar perempuan? Bukankah lebih senang andainya pelajar perempuan duduk sekali dengan pelajar perempuan? Namun pertanyaan itu tidak pernah disoalkan kepada guru kelasnyaa. Masa berlalu dan pabila kedudukan meja dan tempat duduk berubah, perangai dan layanan Rifqi kepadanya juga mula berubah. Masa berlalu, Rifqi semakin kurang menegurnya dan kini sudah 4 tahun mereka tidak bertegur sapa.

Orang ketiga, Farah, budak perempuan yang menumpang kereta dengannya. Dia fikir mungkin kerana Farah menumpang kereta emaknya. Kalau tidak kerana itu, pasti Farah tidak akan menegurnya.Dia lebih yakin akan apa yang dia rasa ini pabila Farah hanya menegurnya pabila tiada orang disekeliling mereka. Pabila rakan Farah ada bersama, bukan setakat tidak menegurnya, malah dijeling terus. Nadia tahu, rakan-rakan Farah membencinya dan memanggilnya bermacam nama hanya kerana dia tidak pandai berkata-kata dan seorang pendiam. Jadi, atas sebab itu, dia tidak pernah menyalahi Farah. Malah kadangkala dia merasa kasihan dengan Farah yang terpaksa berpura-pura dengan rakan-rakannya.

Orang keempat dan yang terakhir. Nadia tersenyum sendirian. Menyebut namanya sahaja sudah mampu membuat dia tersenyum

“Oit!! puas aku cari kau!” Nadia berpaling ke arah datangnya suara itu dan tersenyum mesra. Iskandar Arsyad. Satu-satunya pelajar lelaki yang sampai sekarang masih lagi menegurnya. Bukannya sebulan sekali, ataupun pabila tiada orang lain di sekeliling mereka, namun setiap hari. ada mulanya Nadia merasa pelik dan sedikit segan pabila Iskandar Arsyad atau Arsyad seperti yang disuruh oleh budak lelaki itu memanggil namanya menegur dirinya. Namun bila setiap masa Arsyad menegurnya, lama-kelamaan hilang sedikit rasa malu itu kepada Arsyad. Malah dia merasa tidak lengkap harinya andai Arsyad tidak menegurnya.

“Diorang main sorok-sorok lagi hari ni Mira” Kata Arsyad kepada Nadia sejurus selepas mengalihkan pandangannya dari tingkap yang menghadap padang sekolah mereka. Nadia hanya menganggukkan kepalanya. Arsyad memanggilnya Mira. Katanya nama Nadia sudah selalu orang lain panggil kepada Nadia dan dia merasakan sudah tiada Istimewa nama itu untuk dipanggil. Jadi sebab itulah dia memanggil Nadia dengan nama kedua Nadia iaitu Amirah.

“Mira tak nak cuba join diorang?” Tanya Arsyad setelah diam seketika. Nadia menggelengkan kepalanya perlahan.

“Kenapa? Takut lagi?”

“Belum tiba masanya kut Syad” Arsyad ketawa mendengar kata-kata Nadia.

“Macam tu, sampai bila-bilalah mira takkan ada kawan” Kata Arsyad kemudiannya. Nadia hanya mendiamkan diri.

‘Aku balik kelas dulu. Rehat dah tamat” Kata arsyad dan kemudiannya berlalu keluar dari bilik darjah itu. Arsyad pelajar di kelas pertama. Kali pertama dia bersua muka dengan arsyad pabila dia terlanggar Arsyad sewaktu Arsyad membawa buku yang diambil di kereta guru Matematiknya. Waktu itu Nadia hendak ke tandas. Terburu-buru untuk ke tandas sehingga tidak mempedulikan keadaan sekeliling.  Nadia kenal siapa Arsyad. Semua orang kenal siapa Arsyad. Arsyad merupakan Ketua Pengawas dan Ketua Pelajar di sekolahnya. Sejak hari itu, Arsyad mula mendekati Nadia dan memang itulah rutin harian Arsyad sehingga sekarang setiap kali waktu rehat. Pasti akan diluangkan masa sedikit dengan Nadia. Cuba membawa Nadia dekat dengan rakan-rakan yang lain namun hingga sekarang masih lagi tidak berjaya. Nadia kembali ke tempat duduknya dan mengeluh perlahan. Kata-kata arsyad masih lagi bermain di mindanya. Untuk kesekian kali dia mengeluh lemah. Perlahan-lahan air matanya mengalir. Sungguh dia membenci siapa dirinya sekarang!